beluncas...

"Kita ibarat beluncas yang memanjat dan mencari tapak membuat kepompong. Pilihlah pucuk tertinggi dan ranting terbaik agar kelak menjadi rama-rama yang megah mengibar sayap dari puncak paling gemilang" Anang Adiwarni, 2003

Nama:
Lokasi: Sheffield, England, United Kingdom

An Orion in equatorial regions. Anang Adiwarni is my nickname, a memorial and tribute to my mom.


Muthanna

Ceritalah


Rabu, November 17, 2004

Rintihan Dalam Takbir


*Kuterdengar saban hari suara tempikan
dan laungan takbir sayup bersahut-sahutan
menggema ruang angkasa bumi Islam nan tercinta
titisan darah muslimin mengalir kelesuan...

Tangisan anak yang hilang tempat belaian manja
ditingkah hilai sinis empunya angkara
perikemanusiaan dimamah api kerakusan
maruah muslimin terpalit najis kekufuran

**chorus

Dimanakah ukhwah yang bersemi
saudara dicincang diperhati
tanpa huluran bantuan dan simpati yang sejati

Telah dibutakankah mata hati
hilangkah cahaya iman nurani
ditelan kemalapan dunia yang kian nadir dengan kasih Ilahi

music bridge
ulang * dan chorus
ending music (impeding)

habis... tu je laa...
-Lirik ni spontaneously dicipta masa aku form 5, di kala takde kerja dan dirundung keboringan yg bersangatan. Sebab tu ayatnya biasa-biasa jer.. Lagunya yg berentak pop rock tu dicipta time tu jugak (guna chord biasa jer, standard lagu melayu..), tapi 1st time disusun muziknya dan dinyanyikan masa 2nd year kat Kolej Mara Seremban dalam 1 pertandingan nasyid sempena Minggu Kebudayaan Islam, di mana akulah keyboardist nyer dan aku jualah pengarah majlis tersebut. AlhamduLILLAH dapat highest mark utk kategori komposer terbaik tapi tak menang (hehe ada la sebabnya...). Penyanyi dia, Anas (TQ so much) pulak yg dapat hadiah untuk kategori vokalis terbaik.. Keselurahan, kami menang. Cayalah kumpulan Skuad Anak Harimau~! (nama ni aku la yg bagi.. hahah)

2 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

hurm~~
best ur blog neh..

Khamis, Januari 06, 2005 6:00:00 PTG  
Blogger Anang Adiwarni said...

mekasih... tapi sapa nih?

Jumaat, Januari 07, 2005 6:09:00 PTG  

Catat Ulasan

<< Home