beluncas...

"Kita ibarat beluncas yang memanjat dan mencari tapak membuat kepompong. Pilihlah pucuk tertinggi dan ranting terbaik agar kelak menjadi rama-rama yang megah mengibar sayap dari puncak paling gemilang" Anang Adiwarni, 2003

Nama:
Lokasi: Sheffield, England, United Kingdom

An Orion in equatorial regions. Anang Adiwarni is my nickname, a memorial and tribute to my mom.


Muthanna

Ceritalah


Rabu, November 17, 2004

Ramadhan


Ramadhan
Ia hadir lagi bagi membentang jalan..
Membawa alamat taman keampunan,
kebebasan, penyucian...

Ramadhan datang lagi..
Melewati setiap diri
pada ke sekian gerbang usianya,
pada lurah limpah dosanya,
pada bahang gurun atma;
Sebagai penebus jua penghapus
Umpama embun mengelus
pada maya yang tandus

Ramadhan kembali lagi..
Membelai jiwa bagai kasih ibu
pada yang sudi menerimanya.
Ialah purnama gemilang cahaya;
Memuliai watikah merahmati maya.
Seribu bulan bukanlah bandingan satu malamnya.
Ialah perhentian samudera masa;
di mana sukma-sukma yang dahaga
singgah meneguk air mata taqwa

Ramadhan yang pergi
pasti akan kembali
Mengubat rindu sang pencari
selagi masa belum berdiri...

-Sajak yang ditulis dengan menggelabah just 5-10 minit sebelum dipersembahkan di PMC, depan warga Melayu Sheffield sempena menyambut kedatangan kami pelajar 1st year beberapa hari sebelum kehadiran Ramadan Al-Mubarak. Walaupun kedinginan menggigit ketenangan minda menghalau ilham, tapi dah senior suruh perform maka buat jugaklah. Belumpun sempat siap (sampai tang "meneguk air mata taqwa" tuh), dah ditarik ke atas pentas. Maka pandai-pandailah menokok apa yang patut (Rangkap akhir tu ditambah lepas tu). Lepas habis, tanya laa komen sorang pompuan ni (student gak..). Dia pun jawab "Yeah, it was a nice music" merujuk kepada background music masa deklamasi sajak nih : P~ Hampeh tul.. Aaaaa!!!! Kecewa giler..

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home