beluncas...

"Kita ibarat beluncas yang memanjat dan mencari tapak membuat kepompong. Pilihlah pucuk tertinggi dan ranting terbaik agar kelak menjadi rama-rama yang megah mengibar sayap dari puncak paling gemilang" Anang Adiwarni, 2003

Nama:
Lokasi: Sheffield, England, United Kingdom

An Orion in equatorial regions. Anang Adiwarni is my nickname, a memorial and tribute to my mom.


Muthanna

Ceritalah


Sabtu, November 20, 2004

Hadirmu


Hadirmu bagaikan awan
berarak ke bumi gersang
lebatnya hujan suburkan
denyutan iman yang hilang

Terbitmu ibarat fajar
menyinsing di kala subuh
menguntum hari yang mekar
mengganti malam berkabut

*Indah akhlak menghiasi
Nur kudus berjasad suci

**chorus

Renungmu makrifat Rabbani
Senyummu penawar sejati
Lafazmu nur wahyu Ilahi
Hatimu saujana firdausi

Wajahmu tetapkan segar
walau berkali kelihatan
Lafazmu tiada batasan
di arus angin berzaman

***music bridge

Hadirmu ibarat hujan
menitis di dasar dendam
rekahnya pasti bertaut
tinggallah rindu yang wujud

Sesegar kuntuman mawar
didasar taman terbiar
Mekarnya harum mewangi
Gersangnya subur kembali

ulang * sehingga akhir
ulang * 3 x

abeh dah...

-Lirik ni pula dicipta atas gesaan saudara Zainal (ketua kumpulan merangkap vokalis nasyid kumpulan Az-Zaariyat (1st generation) - kumpulan nasyid MRSM Jasin) sempena menyambut Maulidur Rasul s.a.w tahun 2001. Namun 2 rangkap daripada rangkap-rangkapnya ("Wajahmu tetapkan segar..." & "Hadirmu bagaikan hujan...") adalah hasil penambahan beliau sendiri. Beliau juga telah menggubah lagunya dengan rentak ala Cha Cha (dikenal pasti setelah lagu ini dinyanyikan semula di Kolej Mara Seremban dengan diiringi muzik keyboard). Tak cukup dengan gesaan menulis lirik, beliau memaksa pula untuk menyanyikan lagu tersebut secara duet.. Arrgghh ni den lomah nie... Tak pasal2 glemer. ahaks..

1 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

x..

-socrates-

Sabtu, Mei 06, 2006 5:38:00 PG  

Catat Ulasan

<< Home