beluncas...

"Kita ibarat beluncas yang memanjat dan mencari tapak membuat kepompong. Pilihlah pucuk tertinggi dan ranting terbaik agar kelak menjadi rama-rama yang megah mengibar sayap dari puncak paling gemilang" Anang Adiwarni, 2003

Nama:
Lokasi: Sheffield, England, United Kingdom

An Orion in equatorial regions. Anang Adiwarni is my nickname, a memorial and tribute to my mom.


Muthanna

Ceritalah


Sabtu, Disember 11, 2004

Dengarkanlah


Seharum aroma wangian bebunga
yang mekar subur di puncak nan sepi
Sesuci embun dinihari yang menitis
membasah rekah ditanah yang kegersangan
setandus hati ini

Ukhwah yang menyaksi mekarnya kemesraan
berkelopak ceria berwarnakan kasih dan sayang
Bertangkaikan keimanan dan kesetiaan
menahan badai yang melanda dan kencangnya taufan
sepenuh keyakinan

*
Kulakarkan namamu di dalam diari hidupku
Kuwarnakannya halus setenang warna hatiku
Kulukiskan wajahmu berbingkaikan budimu
di selendang memori bersamamu

/Chorus

Kini kita tiada lagi bersama
Kan berpisah mengejar impian kita
Biar jauh kau masih di hati ini
Telah terpateri mendasari sanubari

Seiringan meneruskan perjuangan
Walau terpisah ruang yang memisahkan
Biar jauh kau masih di hati ini
Bersama selamanya hingga ke akhir nanti
Dengarkanlah...

/short music bridge

Pemergianmu umpama merpati putih
Menebar sayap mencari kehidupan yang baru
Berkicau riang tiada resah membelenggu
Kukirim salam dalam lambaian ingatanku
di angin lalu

/music bridge

/ulang * dan chorus

/ end


Lagu yang dicipta, juga masa form 5, masa cikgu math tak masuk kelas. Kebetulan di luar langit baru reda dari tangisannya. Cuaca masih dingin dan syahdu di bawah lembayung mendung yang tiada tanda hadirnya jemari sinar mentari yang ingin mencuit rintik gerimis. Maka ke dorm lah akhirnya. Nikmat tilam sejuk selepas hujan mana boleh dilepaskan.. Sambil baring sorang2 dlm dorm, dengar era. Eh lagu Siti... "Suasana sepi begini, panahan rindu menusuk hati, tak mungkin kausedari..." fulamak memang kena dgn keadaan. Pe lagi, ambik buku conteng lalu pensel pun menari tanpa henti. Pastu bila check balik, minda terdetik, 'hmm banyak salah tatabahasa nih.. Ahh, abaikan!'. Maka siaplah satu lagu yang kata & iramanya tercipta serentak. 2 thn pastu, cari balik buku tu dah tak jumpa. Tinggallah saki-bakinya seperti yang tertulis di atas (1 rangkap hilang tak dpt dikesan). Anyway, thank you Siti~ Ilhamku terlahir dari suaramu. "Percayalah..."

3 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

A good song. Nak pinjam kata2 kat bawah tu utk cerpen terbaru saya, boleh? Thanks.

Isnin, Disember 13, 2004 6:55:00 PG  
Blogger Anang Adiwarni said...

Hehe boleh tu boleh.. Tapi sebab ada copyright (tgk kat bawah tu) so saya kena la mengenali kamu. ie silakanlah menghantar emel kpd provided email address kat blog nih. kalau malas nak cari, nih dia:
orionfinity@hotmail.com
dah siap karang saya nak baca cerpen tu boleh?

Rabu, Disember 15, 2004 10:52:00 PG  
Anonymous Tanpa Nama said...

ok, no prob.

Rabu, Disember 15, 2004 11:44:00 PG  

Catat Ulasan

<< Home