beluncas...

"Kita ibarat beluncas yang memanjat dan mencari tapak membuat kepompong. Pilihlah pucuk tertinggi dan ranting terbaik agar kelak menjadi rama-rama yang megah mengibar sayap dari puncak paling gemilang" Anang Adiwarni, 2003

Nama:
Lokasi: Sheffield, England, United Kingdom

An Orion in equatorial regions. Anang Adiwarni is my nickname, a memorial and tribute to my mom.


Muthanna

Ceritalah


Selasa, Januari 18, 2005

Jiwang? Pelik? Aarrgghh!!!


Diam hamba di pantai,

bukan meniti jurang kebodohan sambil ditipu bayu syahdu,
sekadar mengharap alam membisik ilham
tentang rahsia di laut dalam...

Bicara hamba beradat maya,
Wujud yang maujud diluah semula dalam perahan akar kata,
dibongkas dari belantara sunnah jua...
Mengapa pelik dikata manusia?

Hamba mendepang tangan menopang langit darma,
sekadar mengharap kuntuman tenang mekar di sukma,
menanti belai pawana menabur benih nur di banir atma,
mengalun gemersik geser sutera pada sepi di balik gema.

Mengapa manusia menyapa lalu bertanya,
"gilakah dia?" atau "sesatkah dalam kembara?",
namun jujurnya mengaku yang hamba memang begitu...

Biarkan hamba di sini...


-Korang paham2kanlah sendiri. Malas nak komen...

6 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

jauh si pengembara melangkah,langkah tak pernah longlai,jauh pergi jauh.jasad di telan bumi,bayang tak pernah hilang,wujudnya kekal di dalam hati.entiti infiniti? -kapten-

Isnin, Januari 31, 2005 2:53:00 PG  
Blogger Anang Adiwarni said...

kembara hamba ini tiada bumi dilangkahi, tiada mentari terik membayangi. sekadar jasad yg duduk diam dgn mata meliar menyatu alam. entiti nil. wujud dalam persoalan...

Jumaat, Februari 04, 2005 1:25:00 PG  
Anonymous Tanpa Nama said...

diam tafakur si musafir
asyik merenung mata sang purnama
biar pungguk merintih
biar rimba teresak
musafir tetap merenung
purnama tetap gemilang
(???)
-[kapten]-

Sabtu, Februari 05, 2005 12:29:00 PTG  
Anonymous Tanpa Nama said...

x pelik cuma memuntahkan apa yg terbuku dihati.sapa tahu satu hari leh jadi geng m.nasir...
-cheta-

Khamis, April 07, 2005 5:37:00 PTG  
Blogger Anang Adiwarni said...

huhue duhai kapten, mahukah tuan hamba menjadi blogger jemputan hamba? kire jadik 1 of d contibutors dlm blog ni ler..

Khamis, April 07, 2005 8:09:00 PTG  
Blogger Anang Adiwarni said...

m. nasir? waduh tu maqam tinggi tu.. dia dah pro, sy ni amatur jer

Khamis, April 07, 2005 8:10:00 PTG  

Catat Ulasan

<< Home