beluncas...

"Kita ibarat beluncas yang memanjat dan mencari tapak membuat kepompong. Pilihlah pucuk tertinggi dan ranting terbaik agar kelak menjadi rama-rama yang megah mengibar sayap dari puncak paling gemilang" Anang Adiwarni, 2003

Nama:
Lokasi: Sheffield, England, United Kingdom

An Orion in equatorial regions. Anang Adiwarni is my nickname, a memorial and tribute to my mom.


Muthanna

Ceritalah


Sabtu, Mei 21, 2005

Lagunya...

Dalam lirik kisahnya terperi
Syahdu irama menyantun tari
Dari lunak suara terasa duri
yang menyucuk tembus sanubari

Sesungguhnya dia telah terluka
kerana masihku terdengar getar ngilu pada suara
walau wajah ayunya terlalu pintar berpura

Kutahu dia kecewa
biarpun dia bijak menyelit emosi
di celah-celah helaian
nota gitar kapok
skor piano tua dan
harmoni biola lusuh warna
tapi bila kuteliti pada lubang seruling
kadang kala terlihat juraian air mata

sungguh, sungguh iramanya sayu dan pilu
sesendu kalbunya bila menulis lagu itu

Baginya biarlah terguris hati
bila menyanyi lagu sendiri
biarkan kiasan ini disebar serata negara
akan kisahku kecewa kerana seorang pria

Aku pula mula bertanya
pada hati dan juga minda
apakah dunia hanya bernafas cinta buta
yang lelah kecewanya berakhir tiada?
apakah alam hanya bersantai di jiwa
lalu mengajar minda berhenti mengejar masa?
apakah hidup hanya bernaung bumbung rasa
sehingga indera tertutup dari hakikatnya?

sungguh, sungguh kasihan daku kepadanya
terlebih kasihan lagi pada yang terlalu menghayatinya

semoga nanti diberi cahaya...