beluncas...

"Kita ibarat beluncas yang memanjat dan mencari tapak membuat kepompong. Pilihlah pucuk tertinggi dan ranting terbaik agar kelak menjadi rama-rama yang megah mengibar sayap dari puncak paling gemilang" Anang Adiwarni, 2003

Nama:
Lokasi: Sheffield, England, United Kingdom

An Orion in equatorial regions. Anang Adiwarni is my nickname, a memorial and tribute to my mom.


Muthanna

Ceritalah


Sabtu, Mei 21, 2005

Lagunya...

Dalam lirik kisahnya terperi
Syahdu irama menyantun tari
Dari lunak suara terasa duri
yang menyucuk tembus sanubari

Sesungguhnya dia telah terluka
kerana masihku terdengar getar ngilu pada suara
walau wajah ayunya terlalu pintar berpura

Kutahu dia kecewa
biarpun dia bijak menyelit emosi
di celah-celah helaian
nota gitar kapok
skor piano tua dan
harmoni biola lusuh warna
tapi bila kuteliti pada lubang seruling
kadang kala terlihat juraian air mata

sungguh, sungguh iramanya sayu dan pilu
sesendu kalbunya bila menulis lagu itu

Baginya biarlah terguris hati
bila menyanyi lagu sendiri
biarkan kiasan ini disebar serata negara
akan kisahku kecewa kerana seorang pria

Aku pula mula bertanya
pada hati dan juga minda
apakah dunia hanya bernafas cinta buta
yang lelah kecewanya berakhir tiada?
apakah alam hanya bersantai di jiwa
lalu mengajar minda berhenti mengejar masa?
apakah hidup hanya bernaung bumbung rasa
sehingga indera tertutup dari hakikatnya?

sungguh, sungguh kasihan daku kepadanya
terlebih kasihan lagi pada yang terlalu menghayatinya

semoga nanti diberi cahaya...

15 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

sajak ni mcm ko amek kalo ko dok depan kat konsert siti tu jek....seolah2 melihat siti yg pedih menghadapi karier nye....btol tk ????

Ahad, Mei 22, 2005 12:35:00 PG  
Blogger Anang Adiwarni said...

x btol

Ahad, Mei 22, 2005 12:41:00 PG  
Anonymous Tanpa Nama said...

words itself can't really show the true story. as those words can be potrayed to different meaning by others. let us hear and understand what your heart really want to say. "pabila puisi dan irama bersatu..... maka menjadilah lagu". kesimpulannya: wat a lagu pastu jadi kasi kitaorg download.

-kiko-

Ahad, Mei 22, 2005 12:51:00 PG  
Anonymous Tanpa Nama said...

suruh ayap nyanyi lagu tu, amacam? best tak idea aku ni?

Ahad, Mei 22, 2005 12:53:00 PG  
Blogger Anang Adiwarni said...

yup. words (& hence language) r merely human invention & convention initially to describe primary meanings of things (to borrow some idea from locke's philosophy), and when they are assembled in an artistic sentence, the meanings become subjective..

huhue aku mmg ade buat lagu tapi x reti nak upload kat blogger.. sedey2.. ayap nyanyi? best2.. lagi best kalo bagi die duet ngan anas. jgn pecah suara dah arr.. hahah

Ahad, Mei 22, 2005 12:17:00 PTG  
Anonymous Tanpa Nama said...

aku tak paham sebenarnye...........
tapi cam best jek

(11) (1) (9)

Isnin, Mei 23, 2005 12:15:00 PG  
Blogger Anang Adiwarni said...

x phm sajak ke komen2 atas ni?

Isnin, Mei 23, 2005 2:14:00 PG  
Anonymous Tanpa Nama said...

Aku suka music blog nih.. heheeh.. -off topic-

Isnin, Mei 23, 2005 2:01:00 PTG  
Blogger Anang Adiwarni said...

tuhan..

Selasa, Mei 24, 2005 12:34:00 PTG  
Blogger Anang Adiwarni said...

saya pula hanya cuba menjawap..

Rabu, Mei 25, 2005 2:26:00 PG  
Anonymous Tanpa Nama said...

Kenapakah orion?...ada "..wajah ayu.." yang mengadu luka kisah deritanya pada tuan hamba ke?*wink*wink*

Sabtu, Mei 28, 2005 5:04:00 PTG  
Blogger Anang Adiwarni said...

tiada di alam jaga duhai tuan hamba yang bermain mata. wajah itu hanya ayu di khayalan hamba. apakah gerangan demikian pula soalnya?? *wink* *wink* juga...

Ahad, Mei 29, 2005 12:45:00 PG  
Anonymous Tanpa Nama said...

fuyoo fuyoo orion mempunyai suara yg merdu
-cheta-

Ahad, Mei 29, 2005 5:13:00 PTG  
Blogger ihsanhassan said...

impressive..... is it yours?

Rabu, Jun 01, 2005 4:27:00 PG  
Blogger Anang Adiwarni said...

yup, in a way, it's mine..

Rabu, Jun 01, 2005 2:02:00 PTG  

Catat Ulasan

<< Home