beluncas...

"Kita ibarat beluncas yang memanjat dan mencari tapak membuat kepompong. Pilihlah pucuk tertinggi dan ranting terbaik agar kelak menjadi rama-rama yang megah mengibar sayap dari puncak paling gemilang" Anang Adiwarni, 2003

Nama:
Lokasi: Sheffield, England, United Kingdom

An Orion in equatorial regions. Anang Adiwarni is my nickname, a memorial and tribute to my mom.


Muthanna

Ceritalah


Rabu, April 27, 2005

Karya ini...


Karya ini, kosong..

kerana kerlingku pada kerdil diri
memusnah nilai wujudku
lalu sujud daku pada maluku bagaikan semalu

Tidak mahu lagi kudepang khayalku
kerana kutahu mimpiku kabur
tiada terdakap dada seni yang dara

Dian dalam diam akalku
makin malap pijarnya
hanya setia meliukkan bayang
yang menyampuk tarian ilham

Penaku makin surut dakwatnya
cahaya yang tadi menjadi tinta puisi
kini ditelan kabut celaru mindaku...

Karya ini
lalu kukurung dalam kolong tak berdinding...


-Inilah akibatnya kalau tengah sangap, nak menulis jugak (kat www.melayu.com).. Maka terzahirlah perihal sanubari yang kebosanan tahap 99.9 petala langit. Sape2 yg tak paham, sajak ni berkenaan aku yg dah takde idea tapi degil nak menulis jugak. Huhuhu..

6 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Kekosongan karya ini cukup jelas terpancar dalam ayat2 nye yg indah , bahasa yg sebegini cuba menyembunyikn lohong yg terdpt dlm diri penulis ini.

Rabu, April 27, 2005 11:48:00 PTG  
Blogger Anang Adiwarni said...

Hehehe itulah seninya puisi nih.. digapai logik tak sampai, dirungkai bahasa makin usai...

Khamis, April 28, 2005 12:23:00 PG  
Blogger Anang Adiwarni said...

kerana keindahan itu selalu sunyi...

Rabu, Mei 04, 2005 12:48:00 PG  
Blogger Anang Adiwarni said...

damai sendiri tak sunyi dari kesunyian...

Jumaat, Mei 06, 2005 10:48:00 PG  
Blogger Anang Adiwarni said...

Aku bukan peneleku bola kristal untuk menduga arus masa..
Juga bukan pujangga yang menitip nyala bahasa pada unggun yang belumpun merah baranya..
Bahkan bukan ahli pentafsir yang bijak memikir sirat seni minda yang terukir..

Aku hanya insan biasa yang tertancap hairan pada gimik dan retorik..
Justeru, perkhabarkanlah peri nyeri pada hati itu, jikalau kau sudi..

Isnin, Mei 09, 2005 12:42:00 PTG  
Blogger Anang Adiwarni said...

maknanya kau dah gagal untuk terus melangkah ke daerah indah.. sunyi itu ada keindahan sendiri tapi tak ramai yg sanggup lama di dalamnya..

*tp elok laa ko gagal. jgn jadi mcm aku dah ler..

Selasa, Mei 10, 2005 9:38:00 PG  

Catat Ulasan

<< Home