beluncas...

"Kita ibarat beluncas yang memanjat dan mencari tapak membuat kepompong. Pilihlah pucuk tertinggi dan ranting terbaik agar kelak menjadi rama-rama yang megah mengibar sayap dari puncak paling gemilang" Anang Adiwarni, 2003

Nama:
Lokasi: Sheffield, England, United Kingdom

An Orion in equatorial regions. Anang Adiwarni is my nickname, a memorial and tribute to my mom.


Muthanna

Ceritalah


Selasa, April 22, 2008

Ruang yang sepi

Tiada lagi orang bermadah
memberi khabar membawa kisah
Tiada lagi lontaran hikmah
bicara lidah akal yang petah
Tiada lagi orang bertitah
mengacu segala silap dan salah
Tiada lagi orang mencelah
dengan bicara kata sepatah
Tiada lagi hikayat padah
untuk kami rindukan sejadah
Tiada lagi ayat risalah
hilang dari minbar tazkirah
Tiada lagi orang berbetah
mengunjur usul mengujar hujah
Tiada lagi orang menjerkah
meminta kami hentikan telagah
Tiada lagi orang mengacah
mencuit hati mengubat gundah
Tiada lagi tawa berdekah
riang merai aneka telatah
Semua kini terkelu lidah
Ruang ini sunyilah sudah...

Apr 14, 08

3 Comments:

Blogger Nur said...

salam

i couldnt believe that a man could write such a beautiful poem like u. well done brother.

may i ask you, what is the song that plays repeatedly in your blog? such a soothing melody.

Have a beautiful day

Ahad, Julai 20, 2008 12:36:00 PTG  
Blogger Anang Adiwarni said...

Salam.

Terima kasih. Alhamdulillah.

Music: Crimson Wings (piano version) composed by Joe Hisaishi for Porco Rosso (anime).

Ahad, Julai 20, 2008 9:36:00 PTG  
Blogger Noh@MNR said...

such a beautiful poem

jika awak sudi lawatilah blog saya di variationofislam.blogspot.com

Jumaat, Oktober 10, 2008 5:21:00 PTG  

Catat Ulasan

<< Home