beluncas...

"Kita ibarat beluncas yang memanjat dan mencari tapak membuat kepompong. Pilihlah pucuk tertinggi dan ranting terbaik agar kelak menjadi rama-rama yang megah mengibar sayap dari puncak paling gemilang" Anang Adiwarni, 2003

Nama:
Lokasi: Sheffield, England, United Kingdom

An Orion in equatorial regions. Anang Adiwarni is my nickname, a memorial and tribute to my mom.


Muthanna

Ceritalah


Rabu, April 27, 2005

Karya ini...


Karya ini, kosong..

kerana kerlingku pada kerdil diri
memusnah nilai wujudku
lalu sujud daku pada maluku bagaikan semalu

Tidak mahu lagi kudepang khayalku
kerana kutahu mimpiku kabur
tiada terdakap dada seni yang dara

Dian dalam diam akalku
makin malap pijarnya
hanya setia meliukkan bayang
yang menyampuk tarian ilham

Penaku makin surut dakwatnya
cahaya yang tadi menjadi tinta puisi
kini ditelan kabut celaru mindaku...

Karya ini
lalu kukurung dalam kolong tak berdinding...


-Inilah akibatnya kalau tengah sangap, nak menulis jugak (kat www.melayu.com).. Maka terzahirlah perihal sanubari yang kebosanan tahap 99.9 petala langit. Sape2 yg tak paham, sajak ni berkenaan aku yg dah takde idea tapi degil nak menulis jugak. Huhuhu..

Isnin, April 18, 2005

)!"^%&$(!)


Loneliness is how the universe evolves and why a child became me...